Haaa ni la lukisan doktor tuh. Cantik tak? Ok sila abaikan perkataan yang kurang sedap didengar dalam gambar tuh. Ok so dia pon cakap aku kena transfer ke hospital sultan ismail jb (hsijb) untuk tengok samada betul ada pendarahan atau tak.oh pelik tak kenapa sampai jb? Sebab kat mersing takde kelengkapan kamera tu. Mula2 dengar tuh aku musykil gak. Cemana nak masukkan kamera dalam perut. Masatu aku pikir kamera dia macam kamera dslr uh je haha.then malam tuh dia bagi ubat cecaair banyak jugam ada macam2 kaler. Oren putih hitam merah dan ubat pil. Tapi aku tanak pil tu yang dia bagi ubat air. Tupon aku tanak jugak. Haha. Yang penting ada 1 ubat tuh mang pahit melampaui batas. Aku mogok tanak makan. Ibu tepon ayah ngadu aku tanak makan ubat. Kau tahu apa ayah buat? Marah aku? Oh tidakkk. Buat tak kesah je? Oh lagilah tidakk. Dari kluang tuh dia terus datang mersing ! Masa tu area 9 malam kot. Siapa yang pernah lalu jalan kawasan mersing tuh tahulah macamana persekitaran dia. Sunyi gelap kiri kanan hutan. Salu gak dengar cerita2 seram kat situ. Then ayah sampai. Aku terpaksa makan sebab kesian ayah datang dari jauh *lap air mata. Terasa sangat yang aku dah menyusahkan hidup diorang.then masa ayah nak balik tu dalam pejalanan ayah kena kacau ngan benda tu .tapi ayah berani. Takpe heee. Besok pagi area pukol 8 aku da bersiap nak pi hsi jb dengan menaiki ambulans.ninonino kaurang ingat kaurang je rasa bingit? Aku yang duduk dalam tu pon bingit jugak. Haha. Best wooo rasa macam raja duduk dalam tuh takya benti kat lampu isyarat. Lagi2 bila da sampai kat johor. Bayangkan Jela jalan kat johor cemana. Sesakk. Main pin pin pin je semua kereta ketepi ketepi ketepi. Pheww. Oke ada sesetengah orang mesti akan cakap "eleh pesakit dalam tu bukannya terok mana pon takdela sampai tahap nak kojol.tak yah nak bukak siren sangat aa kan"let me explain. Ok mang betol tak semua pesakit dalam tuh sampai tahap nak mamm. Tapi pesakit tuh nak cepat sebab ada apoimen dengan doktor.andai kata kita sampai lambat,apoimen kite kena ditangguhkan sebab doktor tu pon ada ramai pesakit yang buat apoimen. deh ? Aku cakap macam ni sebab aku da pernah kena. Aku kena kt hsa jb. Lagi2 situ ramai orang . Ok maybe lenkali aku cite.then sampai sana kitorang pi daftar wad semua. Ok lupa nak cakap act kaki aku dah tak kuat dan tak boleh tegak lurus. So kalau jalan tuh nampak la aku jalan senget dan macam cacat. Hahaha. Sana memang best. Hospital baru kan. Sunyi tak ramai orang. Macam sepital berhantu pon ada gak.malam tuh ayah dan sedara dari kluang datang melawat aku kat hsi. Sanggop tu datang dari jauh . Tapi tak semua boleh masuk sebab bukan waktu melawat kan. Masatu pon da area 11 lebih .tu pon dapat lawat kejap je sebab pakgad da halau. Aa benci kau. Terasa seperti semua orang dah berkorban untuk aku. Hmm .then esok pagi dah kena masok bilik pembedahan. Kena tukar baju pembedahan yang kaler putih tuh. Siap pakai topi pembedahan lagi. complete. Alaaa topi yang macam orang buat mandi tuh lol. Kalau tak silap aku lakan. Aku kena waktu pagi after suboh. ada gambarnya tapi tak boleh tunjuk sebab gambar tak pakai tudung.hehehe.then aku diusung dengan menaiki katil beroda. Dup dap dup dap... cemana gamaknya rupa kamera tuh. Lol still pikir lagi tuh .bila dah masok bilik tuh cuak kebebehhh. Tengok peralatan dia semua pehhh. Tapi sedih la sebab ibu tak dibenarkan masok. Ibu kata lama jugak aku kat dalam tuh sampai ibu siap pi beli sarap. Tak ngajakkk. Haha. Aku tak pasti cemana rupa kamera tuh. Tapi dia siap ada wayar bersambong ke tv kecik.masatu aku da disuntik ubat tidur. Then dia letak benda bulat macam acuan kuih tuh kat mulut aku. Besooo. Sakit mulut aku nganga luas2.then dia pakaikan aku oksigen yang kat idong tu. pehh angin dia kuat dan sejok . (Y) Sebab aku budak kecik kan so dia kasi ubat tido. Kalau orang dewasa biasa dia bius je. Pehhh. Ok nak cakap wayar dia boleh tahan besauuu. Haha. Aku tak tahu apa nama mendealah ni. Endoskopi eh? Kot la. Betol kot.try la search gugel kot2 nak nengok rupa dia cemana.then aku pon tak sedar bila aku ter tido. TIBA TIBA Jeng jeng jeng... aku terbangun.maybe kesan ubat tidur da habis kot.haha dengan wayar dalam mulut ape lagiii terbatok2,tersedak,tercekik semua ada.then nurse tu cecepat enjet ubat tido lagi.then aku pon sambong tido dengan aman.zzz kesan ubat tido kedua ni kuat. Aku pon tak sedar bila benda ni selsai. Masa kat bilik pon still mamai lagi. siyes aku tak sanggup nak duduk situ lama2.ingatkan esok da bole balik tapi doktor tak bagi.perot aku masih ada rasa kurang enak dan yang penting tekak aku sakit ! Oke PERHATIAN. SAYA NAK BUAT PENGUMUM PENTING. SEBENARNYA SUARA AKU BESAR DAN GARAU KESAN DARIPADA KAMERA NI. DIA TELAH MEMBUAT ANAK TEKAK AKU PECAH. BUKAN SEBAB APAA. HAHAHA. Bukan apa weii. Sebab kat sekolah tuh ada je manusia yang panggil aku dinasor sebab suara aku garau macam laki. Tapi tak kesah pon. Sebab aku tahu suara aku lain lepas kamera masuk perot. HAHA. Masa kat sana kaki aku tak berfungsi langsong.pi mana2 semua guna kerusi roda. Orang tolak kulur kilir like a boss. Thats why bila da beso ni aku jadik pemalas. K tak tak. Tipu je. Aku rajin tw. Hehe.
Saturday, 22 February 2014
sakit part 1
Assalamualaikum.. actually aku nak cerita lepas tu lepas lepas tu apa yang berlaku. Faham tak? Tak faham takpe. No. Means aku nak cerita apa yang berlaku lepas aku abis dajah 6. Oke. Maybe entry kali ni agak panjang. Kalau rasa sanggup baca silakan terus mengscroll. Tapi kalau tak tahan better surrender sampai sini je. K lol. Oke2. Then masa akhir tahun 2006 sakit aku semakin menjadi jadi. Sana sini rawatan tradisional aku dah pergi. Dan jawapan dorang semua sama je. Buat aku boringggg. Still gangguan makhlus halus. Actually aku dah tak ingat sangat apa lagi yang berlaku masatu. Haaa terserlah kenyanyukan aku. Masa ni ada jugak aku pergi hospital kluang tapi biasalahh balik2 je dapat ole ole paracetamol. What the..So sakit2 tuh aku duduk rumah jela. Nak dijadikan cerita, masani aku kat rumah tengah main gunting2 kertas. Biasalah form 1 tak matang kot. Haha. Sambil tuh makan cokelet cadbury zip. Baru makan 1 gigit. Then tiba2 perot terasa sakit yang amat sangat. Aku terus muntah balik cokelet tadi. Gila2 sakit macam gastrik. Nak kata gastrik tak jugak sebab aku dah lama baik sakit tuh. Memang luar biasa sakit. Kebetulan ayah belom gerak pi kerja lagi. So ibu tepon ayah dan ayah patah balik rumah amik aku then bawak pi mersing. Nape mersing? Jauh benorrr. Ok actually ayah aku kerja kat mersing. Alang2 tuh terus la bawak aku pi mersing sebab mang dia takda masa nak melayan aku pi hantar hospital kluang. Sebab dia ada komitmen pada kerja kan. So sepanjang perjalanan ke mersing tuh aku menahan sakit. Perjalanan is about 2 hours. Lama gile. Nak tido tak boleh tido sebab sakit sangatThen sampai mersing tuh terus pi wad kecemasan. Tak silap aku lah. Act aku pon keliru ni mana 1 yang berlaku sebab da banyak sangat ulang alik hospital haha tapi betol kot ni.so aku kena tahan wad. Tenenene. Kesian parent aku. Nasib baik ada macik aku stay mersing. Aku tak ingat la time ni ibu da benti keje ke belom. Yang pasti ada tau ibu benti keje sebab nak jaga aku sakit. Sedihh. Aku tak ingat berapa hari aku kena tahan wad.then masa petang tuh doktor datang cek aku. Nama dia doktor megat bla bla bla. Panjang sangat nama. Tak ngapal pulak. Doktor muda dan dan dan dia hensem bhaiii. Hihi. Tapi kesah apa aku. Sakit aku ni siapa nak kisah? Lol. Then dia pon main ketok2 perot aku then say "kalau saya ketok sini sakit tak? Ketok sini sakit? Kalau sakit cakap ye" macam gendang dah perot aku ni. Then dia buat 1 lakaran tengkorang dan dia buat andaian yang maybe ada pendarahan kat bahagian usus or perut aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment