Assalamualaikum. ihiks. Nak sambong part sakit. Oke maaf part sakit ni memang agak panjang sikit sebab lama dan macam2 benda terjadi sepanjang aku sakit. Aku takda gambar nak jadikan ia kenangan. Biarlah sekadar cerita yang mengigatkan aku terhadap apa yang berlaku. dulu aku jenis tak suka nak bergambar. Aku rasa kalau dulu aku jenis suka bergambar konfirm setiap sudut dan setiap detik kat hospital tuh aku amik gamboo. Siap selfie lagi kot. Haha oke panjang benor mukadimahnya. Dan i suggestkan you alls baca dari part 1. Kalau baca skip terus part ni mang korang takkan paham. Oke lepas doktor suruh balik tuh sakit aku datang lagi. Makin teruk . Oke jap. Bila aku start daftar form 1 ek? Haha aku pon tak tahu bila. Oke macam ni. Mula2 tuh aku sekolah kat smk sultan abdul jalil kluang (ssaj) ni pon aku tak selalu datang. Haa pelik tak kenapa tetiba masuk smapr? Ceritanya macamni. Masatu aku tengah tidur kat rumah macik aku. Then terbangun sebab dengar orang borak bising2 tapi aku tak bukak mata pon. Aku dengar ibu cakap "angah dapat tawaran smapr. Tapi semua senyap2 eh. Jangan cakap yang tawaran dia diluluskan. Kertas pon nyorokkan" k gua agak sentap di situ. Aku pon tak tahu kenapa masa tu aku nak sangat masuk sekolah tuh. Hahahaha. Maybe ada hikmahnya. Kalau aku sekolah ssaj maybe aku jadik lain maciam siket kot. Eher eher. Then aku bangon. Kau tahu? Semua orang terkejot. Lalala kantoi lalala kantoi. Then aku cakap napa tak bagi angah masuk sekolah tuh? *Gaya sedih. Then ibu explain yang aku kan sakit. Sekolah sana jauh nanti sakit siapa nak jaga. Lagipon sekolah asrama kan. Haaaa gitu ceritanya. Then aku nangis2 nak masuk jugak. Lol boleh tahan bengap jugak aku ni. So aku pon daftar. Daftar je. Tapi aku tak start belajar lagi. eh tak ingat. Belajar sekejap kot. Area seminggu then stop. Sebab sakit kan. Eh tak ingatlah sempat belajar berapa lama . Whatever la. So aku duduk la rumah je. Eh lupa. Act smapr tuh sm agama parit raja batu pahat. Hihi. Budak arabb "tangan ke bahu mulut dakfes. Maka sakit aku semakin teruk teruk dan.... mati. Woi hidup lagi woi. Kalau tak siapa yang tulis sekarang ni. Haha. Dan biasalah aku pon pergi hospital mersing balik then kena tahan wad. Begitulah rutin kehidupan aku. Masuk keluar wad dekat berpuluh kali. Tapi tak tahu sakit apa.
Then pergi rawatan tradisional. Macam2 tempat dah pergi. Habis duit beratus bayar pengeras. Lol. Mandi bunga semua dah. Ewah macam nak kawin. Makan daun yang pahit nak arwah pon dah jugak. Macam2 benda pelik aku da buat. Tapi still tak baik. Ada siap pergi berubat sampai melaka lagi. Haaa jauh kan. Tuh semua duit banyak keluar tuh. Berbulan2 aku menanggung derita. Tapi kenapa nama aku tak tersenarai untuk program bersamamu? Lol k gurau gurau peace yo 1 malaysia. Macam2 pil dah beli pil vitamin sayur warna hitam siriyes pahit nak kojol. Mahal ubat ni. 1 botol kecik namplo. Jenama apa ek. Lula plak. Then ubat2 lain lagi ntah jenama tah pape. Then ayah belikan aku ubat jenama shuang hor. Ada sesiapa pernah dengar nama ubat ni? Ni ubatan cina. Biasalah ubat cina mahal kott. 1 botol kecik tuh dekat enamplo lebih lapanplo. Not sure .ayah belikan aku banyak jugak tuh. Lingzhi, teh dia, susu soya tah apa tah nama dia. Ubat perisa cendawan hitam dan teh bunga. Cendawan hitam tuh pahit. Kaler hitam. Oh lupa. Dia pil kapsul. Besooooooo. Sampai aku makan mesti tersekat kat tekak. Haha. Berkotak2 berbotol2 jugak aku makan. Ada lah habis beribu jugak tuh. tapi bagus ubat ni. Sangat bagus. Aku tak balaghah tapi kenyataan. Alhamdulillah dengan izin Allah melalui ubat ni aku still bertahan untuk hidup. Sebab memang da nazak wehh time tuh. Semua orang tengok aku mesti menitik air mata. Kesian anak sekecil ini telah menanggung derita penyakit yang tidak diketahui .Saya tak bermaksud nak buat anda semua sedih dengan keaadaan diri saya. Kesian kat ayah. Sampaikan kalau ada orang promote whatever produk kesihatan pon ayah sanggup beli . Dia dah tak kesah da asalkan aku sihat. Time tuh memang duit pon tak berapa nak cukup. Masing2 sanggup tahan keinginan nak beli barang kehendak demi menyimpan duit nak beli ubat aku. Siyes wa cakap semua dah berkorban tok aku . Sampai 1 tahap tuh bila aku mogok tanak makan ubat , aku kena marah . "Tanak makan ubat pastu menyusahkan orang dengan sakit kau" k gua happy gila sampai rasa diri dah tak guna.Tapi aku degil sikit. Kalau aku rasa aku takda mood nak makan ubat aku buang la kat tong sampah. Bila ibu tanya dah makan aku cakap dah. Jahat jahat aku jahat. Bukan apa. Hari hari makan ubat lama2 bosan woi. Tekak dah tak boleh terima. Oh baru ingat. Masa nak keluar wad tuh, doktor megad bekalkan aku ubat antibiotik botol besar gedabak. Dalam tuh ada dekat berpuluh biji. Besarrrrr, pahittttt! Haaaa ubat tuh memang aku pandang kiri kanan ibu tak nampak plup campak masok tong sampah. Tak pela ubat free kan.lol. tapi kantoi jugak kekadang sebab ibu cek tong sampah . Haaaa cek kauuu jangan main. Yang aku pon samdol baling ubat tuh kat atas2. Patutnya sumbat ubat tuh bawah2 sikit kan tersorok. masani aku mang dah tak boleh bergerak. Dok terbaring jela depan tv. Nak pergi mana2 semua ayah dukung. Weeee. Mang kaki dah tak boleh nak gerak. Aku rindu nak jalan. Cuba bangun tapi jatuh. Badan kurus kering tinggal tulang . Siyes aku kesian dengan diri aku. Semua orang kesian ngan diri aku. Dapat banyak duit tw orang datang melawat. Duit2 tuh semua habis beli ubat2 je. Family aku tak percaya yang aku sakit sebab gangguan makhluk tu . Gerak hati dorang cakap sakit aku memang sakit yang memerlukan rawatan hospital. But pihak hospital yang still x dapat detect aku sakit apa . Maka aku pun menjalani hari hari penderitaan dan waktu itu hanya fikir ajal bakal menjemputku. Bukan aku sahaja berfikir. Malah semua orang . Aku hanyalah seorang mayat hidup. . . Be continued

 |
ni ubat cendawan hitam |
 |
ni ubat yang macam teh bunga tuh |
 |
ni susu soya |
 |
Tak lupa jugak scoot emulsion. Dari dulu sampai dah tua kerepot ni still makan lagi |
No comments:
Post a Comment